Skop Productions
Skop Productions

Skop Productions

Skop Productions Sdn. Bhd. merupakan syarikat penerbitan televisyen dan filem Malaysia yang beribu pejabat di Danau Kota, Kuala Lumpur, ditubuhkan pada 13 Mac 1985 oleh Datuk Yusof Haslam.[1] Sehingga 2019, syarikat ini telah menerbitkan 44 filem cetera dan lebih dari 30 rancangan televisyen.Filem pertama terbitan syarikat ini ialah Bayangan Maut (1991) yang menerima dua pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-9 dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang. Filem kedua terbitan Skop Productions ialah Pemburu Bayang (1993) yang bergenre aksi misteri. Ia seterusnya diikuti oleh beberapa filem pecah panggung termasuk filem drama romantik aksi Sembilu (1994) dan kesinambungannya pada 1996. Pada 1999, Skop menerbitkan drama kepolisan Gerak Khas yang menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai siri televisyen kepolisan paling lama bersiaran.Skop Productions menerbitkan tiga filem yang menguntungkan bagi 2010 dan 2011, aksi perlumbaan Evolusi KL Drift 2 (2010), seram Khurafat: Perjanjian Syaitan dan KL Gangster (2011). Tiga filem terbitan syarikat ini bagi 2011 merupakan kejayaan komersial, kecuali Aku Bukan Tomboy yang gagal mengulangi kejayaan dua filemnya bagi tahun tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Skop Productions http://www.budiey.com/drama-si-capik-lakonan-ery-p... http://www.budiey.com/filem-evolusi-kl-drift-filem... http://www.budiey.com/kisah-unit-elit-polis-dalam-... http://www.imdb.com/company/co0087696/ http://www.myinfotaip.com/2017/03/dia-bidadariku.h... http://www.youtube.com/user/SkopProductions http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.sinarharian.com.my/2-pengarah-muda-arah... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sentuhan-ter... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sopi-sekurit...